Friday, May 25, 2012

SOAS FC menentang Pemilihan Pemain Cluster 1

22hb Mei 2012; Arena Maktab SOAS: Pemilihan pemain-pemain cluster 1 telah diadakan di arena Maktab SOAS yang terdiri daripada Maktab SOAS, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Sultan Hasan Bangar, Sekolah Menengah Menglait, Sekolah Menengah SMJA dan STPRI.  Dengan adanya pemilihan wakil dari cluster 1 ini bahawasanya, wakil2 ini akan bermain menentang dengan pasukan guru2 Maktab SOAS.

Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan sebanyak 3 jaringan, akan tetapi berjaya menyumbatkan 1 biji gol. Jaringan kekal 3 berbalas 1 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC yang baru2 hangat berjaya untuk mengelakkan pemain lawan untuk menjaringkan lagi gol. Sama juga dengan pemain tuan rumah yang tidak berjaya untuk menjaringkan gol penambahan. Keputusan kekal 3 -1 sehinggan wisel penamat dibunyikan.

Editor
s28
2012

Monday, April 16, 2012

Berjaya menyumbat sebanyak 8 biji

14hb April 2012; SOAS Arena: SAOS FC telah didatangai oleh persatuan kawan2 cina dimana keadaan cuaca pada masa tu amat menyenangkan. Di sepparuh masa pertama, SOAS FC berjaya menjaringkan gol paling pantas pada musim ini yang seakan gol Maradona tetapi bukan secara realitinya oleh ala2 Messi Man. Beliau berjaya lagi menyumbatkan 2 lagi jaringan yang 'kacang' bukannya kancang iaitu dari tandukan dan kaki kiri beliau. Dengan keadaan begitu atas semangat kesukanan, beliau hampir2 lagi menjaringkan gol keempat tapi 'rabah'. Walau bagaimanapun, beberapa lagi jaringan telah berjaya dilakukan oleh cikgu2 yang lain. dimana jaringan diseparuh masa pertama disudahi dengan 4 jaringan.

Diseparuh masa kedua pula, beberapa pemain2 degnan nafas baru mula masuk padang. Dengan kasih kerjasama pemain2 SOAS FC, maka pasukan tuan rumah berjaya lagi menambah jaringan sebanyak 4 lagi. AKan tetapi atas desakan demi desakan pasukan pelawat, maka mereka berhasih menjaringkan 3 gol. 2 jaringan dikirakan offside (oleh pemain tuan rumah tapi bukannya dari pengadil) dan satu lagi jaringan solo. keputusan muktamad, SOAS FC menang dengan hasil jaringan 8 berbalas 3 dimana jaringan yang berjaya dilaksanakan ialah oleh Cg Arshad (hatrick), Cg Harlezam, Cg Alikhan, Cg Yusrin, Ustaz Mafsah dan seorang yang tidak diketahui (kes lupa siapa lah).


Editor
s28
2012
'Last Man'

SOAS FC hanya mampu seri

12hb April 2012; SOAS Arena: Pada separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan jaringan sebanyak 3 jaringan atas desakan pihak lawan akan tetapi, SOAS FC mula bangkit di separuh masa kedua dengan nafas baru yang berjaya menghasilkan 3 jaringan dari Cg Zulhisham, Cg Ajiz (P) dan Cg Yusrin. Keputusan berakhir seri 3 sama.

Thursday, March 15, 2012

SOAS FC berjaya mencapai kemenangan pertama sejak musim baru ini.

13hb Mac 2012, SOAS Arena: SOAS FC telah dilawati pasukan muda2 yang perumurannya kurang labih dalam berbelasan hingga ke awal 20'an. Pasukan yang berasal dari Polis Diraja menggelar pasukan mereka sebagai pasukan bola sepak "Common".

Di separuh masa pertama, pasukan pelawat berjaya menembusi gawang SOAS FC di minit ke 20. Asakan demi asakan dari pihak lawan bagaimanapun berjaya lagi menjaringkan gol kedua mereka. Walau bagaimanapun, SOAS FC mula bangkit di separuh masa kedua dimana, jaringan pertama pihak tuan rumah berjaya disaringkan dari jarak jauh oleh pemain pertahan muda iaitu Ak Sobri. SOAS FC lagi berjaya menyamakan kedudukan dari jaringan Cikgu Siong. Dua lagi gol diperolehi oleh pihak tuan rumah hasil dari jaringan Cikgu Yusrin.

Walau bagaimananapun, kubu SOAS FC dapat dibolosi dan berjaya menjaringkan gol ketiga bagi pihat lawan. Keputusan akhir, SOAS FC berjaya memenangi perlawanan ini buat pertama kalinya bagi musim tahun 2012 ini dengan jaringan 4 - 3 kepada Common FC.

Tahniah buat pemain-pemain SOAS FC. Permainan terakhir sebelum bermulanya cuti penggal pertama ialah pada 15hb Mac ini. Diharap pemain2 yang aktif mahupun yang tidak aktif akan datang meramaikan dan akan menang di perlawana itu.

Editor
S28
2012

SOAS FC TIED

10th March 2012, SOAS Arena: SOAS FC seri satu sama dengan pasukan B.P.S. FC. Penjaring bagi pihak tuan rumah berjaya dijaringkan oleh Awang Ustaz Haji Md Yussof di separuh masa kedua.

Walaupun SOAS FC telah berjaya menyamakan kedudukan namun perlawan seterusnya kan berlangsing lagi pada 13hb Mac ini menentang pasukan campuran dari Common FC.

Editor
S28
2012

Friday, February 24, 2012

SELAMAT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-28 TAHUN "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM"

23hb Februari 2012, Bandar Seri Begawan: Suasana Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diraikan oleh semua lapisan masyarakat Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis 23hb Februari 2012 yang bertempat di tengah-tengah Bandar Brunei yang sekarang dinamakan Bandar Seri Begawan. Dengan adanya acara ini, kemeriahan telah dirasai oleh setiap individu yang ikut serta mahu pun yang tidak menyertai dalam meramaikan lagi suasana di Bandar Seri Begawan.

Bukan sahaja penduduk Brunei pergi ke tengah Bandar Seri Begawan, malah orang luar pun dapat menikmatinya. Acara merayakan Hari Kebangsaan ini dimulai dengan acara ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat di raja yang lain. Pada acara ketibaan Kebawah Duli, penuntut-penuntut dari sekolah di Negara Brunei ini mengibarkan bendera kebangsaan kita yang berwarnakan kuning, putih, merah dan hitam dengan gembiranya.

Banyat lagi acara yang dipersembahkan dihadapan Kebawah Duli yang patut kita bangakan sebagai anak Brunei. Semoga penduduk Negara Brunei Darussalam akan berasa aman dan sentiasa berbahagia diatas pemerintahan Sultan kita, Pemimpin kita iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darusssalam.

Editor
s28
2012